6 September 2022
Seminar Pelaksanaan BIM Dalam Projek Kerajaan

Tarikh: 6 September 2022
Masa: 8.00 pg – 6.00 ptg
Tempat: JKR Johor, Kompleks JKR Johor 2, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor Bahru, Johor


Harga: RM 106 (Early Bird until 22 Aug 2022)
RM 159 (Normal Rate)
(Harga termasuk SST)

 
Objektif:
Seminar ini dianjurkan oleh IEM dengan sokongan JKR bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kesediaan penggiat industri pembinaan khususnya para jurutera awam tentang pelaksanaan BIM dalam projek Jabatan Kerja Raya (JKR). Para penceramah terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan BIM bagi projek Kerajaan. Seminar ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada perunding, kontraktor dan pelbagai agensi kerajaan untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan BIM dalam projek-projek kerajaan seterusnya merealisasikan hasrat pendigitalan sistem penyampaian projek dan pengurusan aset menyeluruh.